Tuesday, 27 November 2012

AKu dan ADOBE PHOTOSHOP

 GAMBAR YANG DIEDIT MENGGUNAKAN APLIKASI COPY AND PASTE SERTA MENUKARKAN KECERAHAN MENGGUNAKAN BRIGHTNESS & CONTRAST

SEBELUM
SELEPAS

MENUKAR BACKGROUND GAMBAR YANG SEDIA ADA MENGGUNAKAN APLIKASI DARI ADOBE PHOTOSHOP CS3



EDITING GAMBAR MENGGUNAKAN CLONE STAMP



MENGGUNAKAN TEKNIK HUE & SATURATION BAGI MENUKAR WARNA OBJEK CONTOH PENUKARAN WARNA BAJU ARTIS DIBAWAH  



SEBELUM
SELEPAS

SEBELUM
SELEPAS


 EDITING GAMBAR YANG MENGHALUSKAN KULIT / PHOTO EDITING
PERBEZAAN EDITING SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM

SELEPAS


MEMBUAT COVER UNTUK MAJALAH PENGANTIN







Aku Dan TekNologi


aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkan kau tidak membuat sebarang anggapan?
kamu : Aku tidak percaya kepadamu krana kau ada kekasih baru untuk mnjalankn tindak balas penggantian ke atas diriku.

aku : kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini krana aku dan dia masih lagi unsur dan bukan sebatian.

kamu : tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dgn kesetiaan yg aku berikan.aku : tapi cintaku padamu adalah pemalar !

kamu : ku masih belum mengerti lagi krana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

aku : tapi aku mengamalkan hukum Newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dgn cinta yg kau berikan.
kamu : kau jangan bohong!! aku telah mengetahui bahawa kau adalah random yang mempunyai janji2 manis yang bergerak secara rawak.
aku : itu adalah fitnah yg tlah tersebar mlalui proses pencaran dan perolakan.

kamu : tetapi, mengapa kau mmbuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?!!
aku : aku harus menggunakan perintang boleh laras utk mengurangkan rintangan itu.


kamu : adakah kita akan berpadu secara kimia?

aku : itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakn mikroskop cahaya.

kamu : aku khuatir kau akan bertemu dgn yg lbih aktif dan bertindak balas dengannya.

aku : nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum2 penyelesaian segi tiga utk menyelesaikannya.

kamu : tapi aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. masihkah kau tidak percaya?

aku : ya, aku percaya. tapi aku mahukan semua itu dalam bentuk lazim.

kamu : itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

aku : kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
kamu : tapi imanku adalah infiniti !!

aku : aku tidak fikir yang iman engkau infiniti krana kau belum mendarabkannya dgn 6x10'23 (no Avagardo)

kamu : kau membuat kemarahanku merwuap-wap. nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau juga yg susah krna aku akan mengalami hemolisis.
aku : aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku tlah mengalami plasmolisis.


kamu : kau betul2 menyakitkan hatiku ini. ku sangkakan kau intan, tapi rupa-rupanya kau grafit. pergi kau dari sini. biarkan aku sendirian...

CINTA SELEPAS KAHWIN


Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin Selepas berkahwin ungkapan “I love you” adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka. mereka. 


Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.